hari ini merupakan hari yg sgt bermakna dlm hidup aku, menyambut merdeka raya di sekolah...aku menyanyi.... aku enak menjamu selera....aku bertepuk tangan riang....aku melompat kegembiraan... aku rasa gembira sekali...gembira melihat telatah anak2 kecil menyanyikan lagu2 raya..tak terlepas juga lagu anak kampung nyanyian jimmy palikat...
pelbagai juadah disediakan...pelbagai persembahan diadakan...dan pelbagai telatah anak2 aku perhatikan...ada yg kusyuk menjamu selera...ada yg ternganga melihat persembahan dan ada yg bermuka masam sambil melihat ke arah jam... lucunya...
jam menunjukkan pukul 12.45 dan loceng pulang telah berbunyi...anak2 kecil berlarian ke arah ibu bapa masing2 dan aku hanya berehat di dalam bilik guru....fuhhh, dah abeh satu beban... aku mengisi masa lapang ini dgn menjamu selera... sedar tak sedar, jam telah menunjukkan pukul 1.15.... masa untuk aku pulang...aku mengemas barang2 aku...sedia untuk melangkah keluar dari sekolah...
ada seorang anak kecil sedang berdiri di pintu... sebenarnya, dari tadi aku telah melihatnya tetapi aku endahkan...aku endahkan dia dan aku terus menjamu selera... aku terus sibuk mengemaskan barang2 aku... aku tidak pedulikan dia kerana aku sangkakan bahawa dia mungkin anak salah seorang guru yg menjadi rakan sekerjaku... tetapi kali ini, setelah hampir setengah jam berlalu, dia masih berdiri di situ, melihat ke arah aku... aku memandang ke arahnya sambil tersenyum...ketika itu, aku melihat dia memegang erat sekumtum bunga raya berwarna merah mekar... ah, telatah anak kecil...ada saja kerjanya...aku endahkannya lagi...
setelah aku tersenyum kepada anak kecil itu, perlahan-lahan, dia jalan menghampiri aku...bunga raya tadi masih berada di dalam genggamannya...aku menyapa anak kecil itu... aku bertanyakan di mana ibunya... dia mengatakan ibunya tiada di sini... jadi aku terus bertanyakan di mana bapanya...dia menjawab, dah meninggal cikgu.... rupanya sangkaan aku salah, dia bukan anak guru di situ...
aku meneruskan perbualan dengannya... aku bertanyakan kenapa dia masih berada di sekolah sedangkan rakan-rakan telah lama pulang... dia menjawab, saya nk bagi bunga dekat cikgu...
aku tergamam...tetapi aku masih dapat mengawal perasaanku..aku menerima bunga tersebut dengan rasa gembira... tapi, pada waktu itu, terdetik rasa bersalah dalam hati aku... sejak 30 minit yang lalu, anak kecil itu menunggu aku... menanti aku untuk melakar senyuman kepadanya...memerhatikan aku dari jauh dengan harapan aku akan menegurnya...sedangkan aku, aku sibuk bergelak ketawa...aku sibuk menjamu selera...aku sibuk menggembirakan hati aku di saat ada yang menantikan aku...hatiku sebak...
aku terus bertanya kepadanya, siapa yang belikan baju raya kepadanya...dia menjawap, ustaz.... aku kehairanan...ustaz? kenapa bukan ibunya? lalu aku terus bertanya, ustaz mana?
dia menjawab, ustaz dekat rumah....aku fikir, mungkin jirannya...mungkin keluarga anak kecil ini kurang berkemampuan dan mendapat pertolongan dari ustaz tersebut... aku terus bertanya, ustaz tu duduk belakang rumah awak ka tepi rumah? dia terus menjawab, tak, ustaz duduk kat lain, tp dia jaga saya...dekat rumah anak yatim....
dan aku terus memeluknya... pada waktu ini, aku dapat merasakan dada aku berat... sebak sgt... anak sekecil ini, bagaimana dia meneruskan kehidupan tanpa ibu dan bapanya...bagaimana dia beraya? seronokkah dia? dengan siapa dia hendak meminta? dengan siapa dia hendak bermanja? dengan siapa dia hendak bercerita? dan bagaimana nasib dia nanti...
apa pun persoalannya, aku tahu tidak kira segembira mana pun mulutnya tersenyum, dalam matanya, aku dapat melihat kesedihannya, dia simpan seorang...yg dia tunjukkan pada dunia hanyalah senyuman... apa? apa yang aku dapat lakukan untuk meringankan bebannya? sedangkan apabila dia menunggu aku dengan penuh harapan, aku enak bergembira...ketika dia memegang erat bunga untukku, aku berketawa riang... apahal aku telah lama menyedari bahawa dia berdiri di muka pintu.... tidak berganjak sedikit pun...tidak berhenti tersenyum untukku sedikit pun.. dan tidak putus harapannya sedikit pun... apa? apa yang aku mampu lakukan untuk anak ini?
sedang aku memeluk erat tubuhnya, seorang ustazah menegur dari belakang, menyuruh anak itu menunggu di depan sekolah supaya tidak ketinggalan van yang akan menjemputnya... aku memberikan rm2 kepadanya dan aku melepaskan dia pergi...hanya rm2 yang aku mampu berikan kerana aku juga hanya sekadar cikgu praktikal yang tidak bergaji... dia terus tersenyum gembira... dia berlarian.... meninggalkan aku dengan rasa gembira kerana hasratnya untuk memberikan bunga untukku telah tercapai...aku senang melihatnya begitu...namun jauh di sudut hatiku, aku dapat merasakan sesuatu yang sangat berat... sesuatu yang membuatkan aku menitiskan air mata...
ustazah tersebut terus menceritakan tentangnya kepadaku.... dia, seorang murid darjah dua, kelas yang terakhir... bapanya telah meninggal dunia dan dia ditinggalkan ibu kandungnya sendiri di rumah anak yatim...ibunya telah memulakan hidup baru... membiarkan dia keseorangan.. membiarkan dia tanpa kasih dan sayang seorang ibu... anak itu telah melalui pelbagai onak dan duri... ustazah tersebut menceritakan kepadaku bahawa anak tersebut sedang kecewa.... pada bulan puasa yang lalu, ibunya telah berjanji akan membawanya tinggal bersama... akan memulakan hidup baru... dan akan beraya bersama... saban hari anak tersebut menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk bertemu dengan ibunya...untuk menyambut raya bersama... namun, harapannya hancur berkecai...penantiannya sia-sia... ibunya tidak menjenguknya lansung... dia datang ke sekolah, meneruskan hidupnya dengan penuh rasa sedih, hampa.... bagaimana anak ini masih mampu tersenyum melihatku? dari jauh, aku melihatnya melambai kearah ku... dalam hati aku, aku hanya mampu berdoa supaya dia beroleh ketenangan dan kegembiraan..dan satu persoalan bermain di mindaku...
adakah aku layak dipanggil cikgu? aku mengendahkan dia... hampir 30 minit dia menunggu dengan penuh sabar, dengan penuh harapan untuk aku menyapanya...dia memegang erat bunga tersebut... dia melihat aku, menanti aku sedangkan aku sibuk bergembira... kejamnya aku... namun aku bersyukur...aku bersyukur kepada Allah swt kerana masih terlintas di fikiran aku untuk melihat kearahnya.... untuk tersenyum ke arahnya sebelum aku melangkah pulang... tak dapat aku bayangkan sekiranya aku terus pulang tanpa mengendahkannya....tak dapat aku bayangkan betapa hampanya dia...tak dapat aku bayangkan betapa berdosanya aku sebagai seorang cikgu...
|
semoga Allah permudahkan jalan kehidupan mira...Amin.... |