Showing posts with label kEnaPa mEsTi aKu?. Show all posts
Showing posts with label kEnaPa mEsTi aKu?. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

kEnaPa mEsTi aKu? [7]

"Tolong la faham Luqman...saya tak boleh terima awak...susah sangat ke?? Awak kena tahu Luqman, sampai bila pun saya tak akan terima awak. Saya tak suka awak dan saya dah pun buang awak dari hidup saya. Lepas ni, awak jangan contact saya lagi!!!”

           Aku meninggikan suaraku terhadap Luqman. Ternyata jangkaanku terhadapnya salah sama sekali. Dia bukan seorang lelaki yang baik. Luqman selalu mendesak aku untuk menerimanya sedangkan hatiku masih untuk Ilham. Aku ingin bersama Ilham tetapi ajal dan maut telah memisahkan kami. Aku terus meletetakkan telefon. Tindakan Luqman tidak mungkin akan aku maafkan.

“Luqman lagi ke Alya?”  soal Tina kepadaku. Aku hanya mendiamkan diri.

“Entah entah, dia obses kat kau Alya... kau ambil je la bodyguard... kan lebih terjamin...”

“Ish, tak payah la Tina...aku ok...Tina, tolong buatkan kopi boleh?”

“Orait bos!!!!” Tina terus menninggalkanku.

            Kadang-kadang, bila difikirkan balik, ada betulnya kata-kata Tina. Aku merasakan keselamatanku tidak terjamin dengan tindakan-tindakan Luqman. Aku bimbang kalau Luqman hilang pertimbangan.

            Petang itu, aku pulang ke rumahku seperti biasa. Selepas menunaikan solat Isya`, aku terus meletakkan kepalaku di atas bantal. Nasi bungkus yang aku beli dalam perjalanan pulang petang tadi masih berada di atas meja. Kesibukan di pejabat menyebabkan aku ingin terus melelapkan mata. Mungkin, kesibukanku ini merupakan rezeki kurniaan Illahi. Apabila aku cuba untuk melelapkan mataku, wajah riang Ilham selalu bermain di fikiranku. Ya Allah, aku amat merindui gelak tawanya. Seiiring dengan itu, air jernih membasahi pipiku. Akhirnya, aku terlelap dalam pelukan bayangan Ilham.

            Sedang aku nyenyak diulit kesejukan malam, bayangan Ilham datang menyapaku. Aku melihat Ilham terlantar di atas katil di sebuah hospital. Suasananya suram dan sunyi sepi. Wajahnya pucat sehingga urat-urat birunya jelas kelihatan. Tangannya terketar-ketar dan matanya terkebil-kebil. Mulutnya seolah-olah sedang mengucapkan sesuatu. Aku mendekatinya. Aku dapat melihat banyak wayar disambungkan ke badan Ilham. Lidahku kelu. Hatiku tertanya-tanya. Air mataku mengalir deras. Aku terus memberanikan diriku untuk menghampiri Ilham. Ternyata, kesengsaraan Ilham perit sehingga terpancar dari matanya. Mulutnya tidak henti-henti mengomelkan sesuatu yang tidak jelas. Keadaannya seolah-olah mayat hidup. Aku cuba untuk menyentuh mukanya tetapi Ilham tidak memberi sebarang reaksi. Keadaannya masih seperti tadi. Aku menyentuh mukanya lagi. terasa sejuk saat kulitku dan kulitnya bersentuhan. Ilham masih seperti biasa, tidak memberi apa-apa reaksi. Aku tidak sanggup untuk melihat Ilham menderita lagi. Aku berasa bersalah kerana aku tiada di samping Ilham sewaktu dia berjuang untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya. Aku terus memusingkan badanku dari melihat Ilham. Aku ingin lari meninggalkan Ilham. Aku tidak sanggup untuk melihat Ilham menderita lagi. Tiba- tiba, tangan Ilham terus menarik tanganku. Aku mengalihkan pandanganku. Aku melihat matanya yang merah terbuka luas. Mulutnya ternganga dan lidahnya terjelir keluar. Dia seolah-olah ingin memberitahuku sesuatu. Wajahnya amat menakutkan.

Aku terjaga dari mimpi.

“Ya Allah...” aku menyebut kalimah keramat itu berulang-ulang kali. Mimpi tadi benar-benar menakutkan aku. Air matakuku terus mengalir deras.

         Tiba-tiba, aku terdengar sesuatu di dapur. Bunyinya yang kuat seperti  bunyi kaca yang pecah. Pada mulanya, aku tidak mengendahkan bunyi tersebut tetapi aku mendengarnya lagi. Aku memberanikan diri untuk melihat apa yang berlaku. Aku membuka pintu bilikku.

Saturday, February 5, 2011

kEnaPa mEsTi aKu? [6]

            “Alya....Alya, tunggu”   jerit Luqman.

            “apa lagi Luqman....saya ada kerja ni...boleh tak awak jangan ganggu saya lagi...saya rimas tau tak???”   

Aku semakin tertekan dengan tindakan Luqman yang selalu menggangguku saban hari.

           “tapi Alya. Awak kena sedar yang saya sayangkan awak. Dari dulu lagi saya tak pernah lupakan awak.Alya, Ilham pun nak kita bersama Alya. Saya ikhlas nak kawin dengan awak” 

           “awak gila ke Luqman! Ilham baru meninggal awak dah nak saya terima awak..awak ingat saya ni perempuan jenis apa Luqman.. tolonglah faham.. tolong beri saya masa Luqman..”

Aku menengking Luqman. Kata-katanya terlalu keterlaluan.
      
            “Hei, awak perlukan saya. Kalau saya tak selamatkan awak dulu, sekarang ni pun belum tentu  awak boleh bernafas lagi tau. Tak sedar diri. Awak berhutang nyawa dengan saya Alya!”

“Saya lebih rela kena langgar hari tu kalau saya tahu awak akan buat macam ni Luqman. Sekarang ni awak jangan ganggu saya lagi.”

Aku tegas dengan keputusanku. Makin hari, Luqman smakin melampau. Dia selalu mendesak untuk aku menerimanya. Aku faham bahawa dia cintakan aku tetapi aku masih cintakan Ilham. Ya Allah, kenapa kau ambil Ilham dariku.

Aku terus memasuki pejabatku, meninggalkan Luqman keseorangan di kaki lima. Kata-katanya sangat menyakitkan hati. Luqman hanya mampu untuk menungguku di luar pejabat kerana dihalang oleh pengawal keselamatan. Aku telah memberitahu mereka untuk menghalang Luqman dari menggangguku di pejabat. aku bencikan Luqman. 

Thursday, January 27, 2011

kEnaPa mEsTi aKu? [5]


                   Apa agaknya dosa aku sehinnga aku diuji begini. Orang yang aku sayang, satu per satu pergi meninggalkanku. Aku keseorangan. Mujurlah ada Tina yang sedia menemaniku, tatkala aku berdiri di atas ataupun ketika aku jatuh tersungkur di bawah. Tinalah kawanku dunia akhirat. Aku masih lagi mencuba untuk meredhakan Ilham pergi. Bukan mudah bagiku untuk melepaskannya. Aku sangat merindui Ilham. Aku tinggal di kampung Tina buat sementara waktu. Sudah beberapa minggu aku berada di sini untuk menenangkan diriku. Tina yang membantuku untuk menguruskan urusan pejabat. aku duduk termenung di muka pintu. Pandanganku aku lemparkan ke arah sawah padi yang menguning.

 “ Tak payah dikenang Alya..orang dah pergi....redhakan ja..”     lembut suara ibu memujukku. Aku sudah terbiasa menganggap ibu Tina sebagai ibuku juga memandangkan aku merupakan anak yatim piatu. Aku cuma sekadar ingin menumpang kasih.

“Ibu, dulu  waktu suami ibu meninggal, macam mana ibu teruskan hidup?” soalku.

“Waktu tu Tina masih kecil. Belum habis mengaji lagi. Kami hidup susah dulu. Harta peninggalan ayah Tina tak banyak. ibu juga hampir putus asa..macam Alya sekarang.asyik menangis saja... tetapi apabila terkenangkan nasib Tina, ibu berjanji untuk menjadi seorang yang tabah, yang kuat hadapi dugaan. ibu tak mahu Tina putus semangat. ibu nak Tina kuat. Dan sekarang, ibu nak Alya juga kuat. Ya sayang?” 
Kata-kata ibu menyentuh hatiku. Mujurlah masih ada insan yang sanggup mencurahkan kasih sayang kepadaku. Aku gembira dengan kehadiran Tina dan ibu dalam hidupku. Aku merebahkan kepalaku di atas pangkuan ibu. Air mataku mengalir deras.

“Ibu, Alya ingat esok Alya nak balik KL... ”  kataku.









                             Keesokan pagi, aku terus pulang ke KL. Pada mulanya aku ingin terus ke pejabat tetapi badanku terlalu letih. Aku menghantar sms kepada Tina untuk memberitahu aku akan terus pulang ke rumah. Apabila aku sampai ke rumahku, aku melihat Luqman sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumahku. Aku turun dari kereta dan terus menyapa Luqman.

“Luqman, awak buat apa kat sini?”

“Alya, saya tahu awak masih sedih tapi awak perlu teruskan hidup. Awak tak boleh selama-lamanya macam ni Alya.”

“I know Luqman but I need time. Bukan mudah untuk saya Luqman. Saya tak ada pun disisi Ilham sewaktu dia meninggal. Saya tak sempat nak tengok dia untuk kali terakhir. I need time to forgive myself Luqman. ”

“Tapi Alya, tu bukan salah awak. Dont blame yourself. Ilham yang pilih cara begitu. Dia banyak berkorban untuk awak Alya. Kalau Ilham ada, dia pasti tak suka tengok awak macam ni.”

“I know Luqman. I just need time for myself. See you later.”

                          Aku terus masuk ke dalam rumahku meninggalkan Luqman seorang diri di luar. Aku perlukan masa untuk meneruskan kehidupanku. Tindakan Luqman terlalu terburu-buru. Aku ingin bersendirian. Ilham, i miss you a lot...... 

Monday, January 24, 2011

kEnaPa mEsTi aKu? [4]

              Kini, sudah hampir seminggu berlalu. Tanah di perkuburan Ilham sudah makin pudar warna merahnya, namun hatiku masih lagi berdarah. Pemergian Ilham betul-betul membuatkan cahaya dalam hidup ku malap dan gelap gelita. Aku hilang arah tujuan, tercari-cari dalam kegelapan. Aku tidak pasti arah mana yang patut aku tuju. Aku akui, aku telah melakukan kesalahan yang besar terhadap Ilham, yang tak akan mampu untuk aku tebus walaupun di akhir hayatnya. Kini, aku hanya bertemankan sepi. Tangisanku bagaikan hujan membasahi bumi.
           
              Aku genggam surat kiriman terakhir Ilham kepadaku. Inilah satu-satunya peninggalannya yang boleh aku ratapi sekarang ini. Aku seolah-olah masih tidak percaya bahawa dia yang suatu ketika dahulu menjadi pengubat rindu ini telah pergi buat selamanya. Untuk yang kesekian kalinya, aku renungi setiap bait kata-kata wasiatnya kepadaku.
          

                “Salam sayang buat kekasihku yang kini berada jauh dariku, Alya. Pada saat Alya membaca surat ini, mungkin Ilham sudah tiada lagi di muka bumi ini. Ini semua merupakan suratan takdir, Alya jangan tangisi pemergian Ilham. Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya di tangan Allah. Mungkin, jodoh kita hanya setakat ini sahaja. Tapi Ilham bersyukur kerana dipertemukan dengan wanita sehebat Alya, wanita yang Ilham yakin mampu untuk teruskan hidup walaupun tanpa Ilham di sisi Alya sekarang ini.
          
               Alya, tidak pernah terniat di hati Ilham untuk melupai mahupun menjauhkan diri dari Alya. Percayalah, Ilham lakukan semua ini untuk Alya. Lambat laun, Alya akan mengerti. Maafkan Ilham jika tindakan Ilham membuat Alya terluka. Biarlah Ilham jelaskan semuanya untuk Alya.


            Alya, ingat tak birthday Alya tahun lalu? Ilham buatkan surprise birhtday party untuk Alya? Mesti Alya ingatkan? Ilham betul-betul bahagia melihat senyuman yang mekar dibibir Alya. Kita sambut birthday Alya bersama-sama. Sebenarnya, pada hari itu jugalah Ilham jatuh pengsan selepas menghantar Alya pulang ke rumah. Pada mulanya, Ilham ingatkan Ilham cuma letih, tetapi doktor mengesahkan Ilham menghidap barah otak.  Alya, Ilham cuma ada beberapa bulan sahaja lagi untuk hidup. Pada mulanya, Ilham ingin memberitahu Alya mengenai penyakit Ilham tetapi Ilham tidak sanggup untuk melihat Alya menangis disebabkan Ilham. Ilham tidak mahu senyuman di wajah Alya hilang kerana melihat Ilham menderita. Ilham tak kuat Alya. Ilham tak kuat. Alya, maafkan Ilham.

            Sebenarnya, wanita yang Alya lihat berpegangan tangan bersama Ilham bukan siapa-siapa dalam hati Ilham. Ilham mengupahnya untuk berlakon menjadi kekasih Ilham. Tujuannya cuma satu, Ilham tidak mahu mengheret Alya bersama-sama ke dalam penderitaan Ilham. Cukuplah Ilham menanggungnya seorang diri. Ilham sayangkan Alya. Ilham tidak mahu Alya bersedih. Ilham sayangkan Alya.

            Mungkin Alya akan fikir yang Ilham kejam kerana membiarkan Alya seorang diri. Ilham tidak kisah Alya. Alya boleh anggap Ilham apa saja asalkan Ilham dapat pastikan yang Alya mampu untuk teruskan hidup walaupun tanpa Ilham menemani Alya. Ilham mahu Alya biasakan diri tanpa Ilham. Alya, buanglah semua kenangan kita berdua, mulakan hidup baru. Ilham tahu, kebahagiaan sedang menanti Alya. Alya jangan berputus asa.

            Alya, maafkan Ilham kerana tidak sempat untuk memberitahu mengenai Luqman kepada Alya. Alya pasti dah lupakan Luqman, rakan setugas Ilham dahulu. Alya ingat tak? Dulu, Luqman pernah memberitahu Ilham bahawa dia sukakan Alya tetapi disebabkan persahabatan kami, dia rela berkorban demi kebahagiaan kita. Luqman merupakan lelaki yang baik Alya. Alya ingat tak dia selamatkan Alya waktu Alya hampir kemalangan dulu? Ilham memintanya supaya dekat dengan Alya supaya Ilham tahu, Alya yang Ilham sayang selamat. Luqmanlah yang menghantar semua hadiah dan bunga kepada Alya. Alya kusayang, berilah dia peluang.  

           Alya, ingatlah bahawa Ilham pergi cuma untuk seketika, kita akan dipertemukan lagi suatu hari nanti.. Alya, anggaplah Ilham cuma mimpi yang datang sekadar untuk menguji kekuatan hati Alya. Terima kasih Alya kerana Alya telah membuatkan Ilham bahagia. Ilham sangat sayangkan Alya. Alya, mulakan hidup baru, tanpa Ilham. Selamat tinggal Alya.
                                                                                                                                                                                                                                                            

                                                          Yang sentiasa merinduimu,
                                                                         ILHAM






           

Saturday, January 22, 2011

kEnaPa mEsTi aKu? [3]

            
              Hari ini merupakan hari jadiku. Seperti tidak percaya aku kini telah menjangkau usia 27 tahun. Sepatutnya, pada waktu ini aku sudah bergelar seorang isteri. Aku tidak menyesali tindakanku untuk meninggalkan Ilham kerana aku yakin inilah yang terbaik untuk kami berdua. Aku mengadakan sedikit jamuan ringan untuk para pekerjaku di pejabat. Aku lebih selesa dianggap bos yang “mesra rakyat”. Bagiku, tanpa para pekerja, aku tidak mungkin dapat memajukan perniagaanku sampai ke tahap ini. Selepas jamuan ringan sempena hari jadiku berakhir, kami semua kembali bekerja. Apabila memasuki pejabatku, aku melihat terdapat bungkusan berwarna merah di atas meja. Sekeping kad hari jadi terselit di atas kotak tersebut.

“ Selamat hari jadi Alya...semoga awak bahagia selalu...I will always miss you.”

Seperti biasa, tiada nama pengirim dicatatkan.

“ hadiah dari secret admirer awak lagi? Hai Alya, sampai bila awak nak terus hidup macam ni. Entah siapa la yang kirimkan awak hadiah tu. Kalau dia berniat jahat macam mana Alya?”

            Tina terus membebel kepada. Kadang kala aku merasakan apa yang dikatakannya memang benar tetapi aku tidak dapat membohongi hatiku lagi. Aku akui, aku telah jatuh cinta dengan lelaki yang aku tidak kenali ini.

“ Alah awak ni Tina. Mungkin dia tak ready lagi untuk jumpa saya. I can wait for him.”

“ Ikut awaklah Alya. Jangan nanti awak kata saya tak pernah warning awak. Hope you will get what you want. By the way, saya nak keluar sekejap. Nak kirim apa-apa tak?”

“ nothing. Take care!”


 Selepas Tina melangkah keluar dari pejabatku, aku terus membuka bungkusan tersebut. Aku melihat...............................................................................................................
















                “ i really love it!!!!!!!!!!” desis hatiku. Aku amat gembira. Tambahan pula mengumpul beg tangan merupakan hobiku. Siapapun lelaki ini, aku telah jatuh cinta kepadanya.


                 Tiba-tiba, aku mendengar pintu pejabatku dibuka. Kelihatan lelaki yang menolongku tempoh hari tercungap-cungap akibat keletihan. Kahadirannya yang tidak dijemput mengundang tanda tanya di hatiku. Kebetulan pada waktu ini, Tina tiada di pejabat. Mungkin itulah sebabnya dia dapat memasuki bilikku dengan mudah. Jika tidak pasti Tina menghalaunya terlebih dahulu.
                
                  “ Awak buat apa kat sini? Kenapa awak tak ketuk pintu dulu? Awak dah buat temujanji ke? Keluar dari bilik saya kalau tak saya akan panggil polis. Awak faham tak?”    soalku bertubi-tubi.

                  “ Alya, cepat ikut saya. Ilham.......”
















(to be continue.....sapa2 nak cadangkan ending story ni, feel free 2 leave your comment here.....:) i really love to hear it from you guys..........)

Thursday, January 20, 2011

kEnaPa mEsTi aKu? [2]

Setelah keluar dari lif, aku terus mencapai kunci keretaku. Di mataku, aku membayangkan katil empuk dan selimut tebalku. Alangkah indahnya jika aku dapat melelapkan mataku pada saat ini. Lenguh di badanku masih terasa. Hari ini, jadualku padat dengan temujanji bersama pelanggan. Tetapi aku lebih suka dengan gaya hidupku kini. Kesibukanku dapat menenangkan hatiku dari luka semalam.

Sambil berjalan ke arah tempat meletakkan kenderaan, aku terpandang seorang lelaki yang sedang duduk di bahu jalan sedang menghisap rokok. Rambutnya panjang hingga mencecah bahu manakala rambut hadapannya panjang sehingga menutupi mata. Asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya, mencemari udara. Aku rimas dengan keadaannya tambahan pula aku benci dengan lelaki yang menghisap rokok. Kelihatan tidak terurus dan selekeh. Gayanya seperti lelaki yang tidak berpelajaran tinggi, jauh berbeza dengan Ilham yang menuntut di universiti di luar negara. Lelaki tersebut memandangku dari atas hingga ke bawah berulang kali. Seram sejuk aku dibuatnya. Aku mempercepatkan langkahku kerana bimbang lelaki tersebut berniat jahat terhadapku. Setelah aku melepasi lelaki tersebut, telefon bimbitku yang masih elok walaupun aku telah membalingnya ke dinding tempoh hari berbunyi. Lagu Menyesal nyanyian Sixth Sense kedengaran.

“Ada apa Tina? “ , tanyaku.

“Tina cuma nak beritahu Alya yang petang esok Tina nak balik kerja awal. Nak balik kampung. Mungkin untuk beberapa hari. Ibu Tina sakit lagi la. Alya tak kisah? ”

“Ibu Tina jatuh sakit lagi? Bawaklah dia ke klinik Tina. Mana tahu kalau boleh sembuh. Tak kan lah nak mengharapkan ubat kampung saja. Tina pujuklah dia untuk jumpa doctor. Pasal cuti tu tak payah risau. Alya akan uruskan. Nanti kalau Alya sempat Alya balik ya. Ok Tina?”

“Ok. Alya tak payah risau sangat. Ibu cuma demam. Terima kasih cik bagi saya cuti.”

‘Mengada – ngadalah Tina ni. Tolak gaji baru tau. Kirim salam Alya pada ibu ya?’

“Orait Alya. Take care.”
            
Sebenarnya aku dan Tina berkawan rapat. Cuma kami tidak mencampurkan urusan peribadi di tempat kerja. Ini semua merupakan permintaan Tina. Katanya, walaupun kami bersahabat, tetapi kami perlu bekerja secara profesional. Atas sebab itulah Tina memanggilku dengan gelaran Cik di pejabat. Kadangkala terasa lucu juga tetapi aku ikutkan saja permintaan sahabatku itu. Cuma dialah yang aku ada sekarang. Aku cemburu dengan Tina kerana dia mempunyai keluarga yang bahagia sedangkan aku hanya sebatang kara. Aku mengenali Tina sejak lima tahun yang lalu. Ibunya seperti ibuku juga. Tina juga menganggapku sebagai saudaranya. Dia tidak kisah jika aku mahu menumpang kasih ibunya kerana dia tahu aku tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu semenjak ibuku meninggal dunia sewaktu melahirkan aku. Aku tidak sempat menatap wajah kasihnya. 
            
“ pinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!”, kedengaran sebuah kereta membunyikan hon sedang meluncur laju dari arah belakangku. Aku kaku. Sepantas itu juga aku dapat merasakan diriku ditarik ke tepi. Aku jatuh ke atas jalan raya. Mataku berpinar. Aku pitam.

“ sorry tadi saya tak sempat nak sambut awak. Awak cuma  pitam je. Maybe sebab terkejut kot. Saya hantar awak ke kereta.”
           
                 Terasa berat untukku menggangkat kepala. Mungkin betul katanya, aku terkejut. Gila agaknya pemandu tadi. Dalam hatiku, aku menyumpah-nyumpah pemandu kereta yang hampir melanggarku tadi. Nasiblah masih ada manusia yang sudi menolongku.

“ Thanks. Awak ke yang selamatkan saya?”

“ Nasib baik saya sempat tarik awak tadi. Kalau tak, tak tahu lah saya. tu lah lain kali awak jangan asyik nak gayut phone je ”  

            Habis aku dileternya. Sudah lah kepala aku sakit, terpaksa pulak aku dengar dia berceramah. Mengalahkan perempuan. Macam manalah nak dapat jodoh. Cerewet betul.

“ ni keta saya. Awak boleh tinggalkan saya kat sini. And one...................”

            Aku tidak dapat menghabiskan kata-kataku apabila aku melihat wajahnya. Dia menyelak rambutnya sambil memerhatikan aku. Dialah lelaki yang aku lihat tadi. Aku hairan. Bagaimana lelaki yang selekeh boleh nampak kacak pulak. Rambutnya yang panjang lurus ke bawah. Matanya hitam pekat. Senyumannya manis. Kulitnya sawa matang. Cuma bibirnya agak gelap, mungkin disebabkan rokok. Aku terus memerhatikannya tanpa mengatakan apa-apa. Ternyata tekaanku bahawa dia berniat jahat terhadapku salah sama sekali. Beberapa detik berlaku.

“ and?” soalnya.

“and one more thing, thanks again for saving my life.” Aku menghabiskan ayatku dan terus menghidupkan enjin kereta. Rasa bersalah menghimpit jiwaku kerana bersangka buruk terhadapnya. Aku menurunkan cermin tingkap sambil menghulurkan Rm 150 terhadap lelaki tersebut sebagai ucapan terima kasihku terhadapnya kerana menyelamatkanku.

“ I bukan mata duitan!!! U ingat nyawa U boleh diganti dengan duit U tu?” katanya dengan nada yang kasar. Aku kaget. Adakah salah tindakanku?


















(to be continue)

Monday, January 17, 2011

kEnaPa mEsTi aKu? [1]

Kedengaran titisan-titisan hujan yang jatuh membasahi bumi tatkala ini. Hari sudah jauh malam tetapi aku masih berdiri memikirkan apa yang akan terjadi esok. Tatkala bayangan kejadian tengahari tadi menerpa ingatanku, aku lekas memintasnya dengan memuji-muji kebesaran-Nya. Ternyata, kejadian tadi masih menghantui aku. Airmata yang aku tahan sedari tadi akhirnya jatuh membasahi bumi, senada dengan air hujan kurniaan Illahi yang menyuburi alam ini. Namun mengapa aku tidak merasa kenikmatan dan keindahan malam ini. Aku cuba kuatkan hati tetapi naluri ini, tiada siapapun yang dapat menghalangnya dari menjerit-jerit meminta ku untuk meluahkannya. Kadang kala terasa seperti hidup ini tidak berguna lagi.

Gambaran kekasih hatiku, Ilham, masih bermain di fikiran. Tatkala melihatnya berpegangan tangan dengan wanita lain, terasa seperti jantungku berhenti berdegup untuk seketika. Aku sedar, sebagai wanita, aku hanya mampu untuk mendiamkan diri. Jauh di sudut hatiku, aku bimbang jika peristiwa pahit tadi akan meragut kebahagian yang selama ini aku miliki sepanjang bergelar bakal isteri kepada Ilham. Pertunangan kami yang sudah hampir memamah usia satu tahun ternyata tidak dapat membantu aku mengenali hati budinya. Dia yang ku kenali dari awal usia remaja ku kini ternyata telah berubah.

Entah mengapa, tanganku lantas mencapai telefon bimbitku yang terletak di atas katil.

“Ilham”....nama yang terpapar di skrin telefon. Tanpa memikirkan apa yang akan berlaku, aku terus menekan punat hijau.

“tut.....tut....”   hatiku debar menanti suaranya untuk menyapa aku. Kelunakan suaranya, kemerduan bahasanya dan kesopanan tutur katanya mampu membuatkan jiwaku yang gundah ini berbunga riang. Kesakitanku aku lupakan buat seketika waktu. Aku akui, dalam kemarahanku terhadapnya, masih terselit bait-bait rindu yang tidak mungkin dapat aku lupuskan sehingga menjelang usia senjaku. Bagiku, aku tidak akan terburu-buru mengambil keputusan sebelum bertanyakan kisah sebenar kepadanya. Aku tahu, dia juga berhak untuk bersuara, dan berhak untuk memilih. Sambil menantikan nadanya yang mampu mencairkan jiwa wanitaku, aku berharap agar apa yang aku fikirkan tidak akan berlaku.

“Hello? Nak cakap dengan Ilham ke” 

Hati kecilku tersentap. Bagaikan aku sedang bernafas di dalam air. Teriakanku yang tadinya sudah berhenti kini kembali bermaharajalela. Jiwa batinku meronta-ronta meminta penjelasan. Kenapa mesti aku? Apa salah aku?

Telefon kecil ditanganku aku lemparkan ke dinding. Seakan-akan melepaskan geram terhadap Ilham. Aku yakin, suara tadi milik wanita yang aku lihat berpimpinan tangan bersama Ilham di Jusco tengahari tadi. Aku yang setia dalam percintaan terasa terhina apabila dilakukan seperti ini. Tanpa memikirkan apa-apa, aku terus mencapai sekeping kertas untuk meluahkan rasa hatiku terhadap Ilham. Aku nekad untuk menghantar surat yang aku tulis kepada Ilham setelah aku pulang dari pejabat esok. Bersama surat itu, aku kirimkan sekali cincin pertunanganku. Aku berharap kenangan pahitku ini akan pergi dan hilang dari pandanganku seiring dengan cincin pertunanganku yang menjadi bukti cinta kami selama ini. Di belakang sampul tersebut, aku sematkan nota kecil, “Ilham, Alya minta maaf.”

Kini, sudah hampir seminggu aku memulakan hidup baru. Aku akui, kenangan dulu masih berlegar-legar di mindaku. Dia yang telah mengkhianati cinta aku, sudah lama menyepi tanpa khabar. Aku cuba menepis kerinduanku dengan meluangkan lebih banyak masa di pejabat. Aku tidak mahu memikirkan tentangnya lagi. Ianya hanya akan membuatkan lukaku yang lama berdarah kembali.

“tok.....tok.....tok”,  ketukan di pintu pejabat menghentikan lamunanku. Kelihatan setiausahaku berjalan masuk sambil membawa sebuah bekas yang besar.

“Cik, ada kiriman untuk Cik”

Aku meneliti bekas tersebut dengan penuh perasaan tanda tanya. Tiada nama atau sebarang tanda mengenai pengirimnya. Aku terus membuka penutup bekas tersebut. Alangkah terkejutnya apabila mendapati bekas tersebut dipenuhi dengan gula-gula Kisses, kegemaranku. Di setiap pembalut gula-gula tersebut, terlekat sehelai nota kecil. Aku lantas mencapai salah satu gula-gula dan membaca nota tersebut, tertulis “Ek is lief vir jou”.

“Ek.....ek is li..lier jou......” hampir terbelit lidahku apabila cuba membaca nota kecil tersebut.

“Bahasa apa ni?”  Hati kecilku tertawa kecil. Aku begitu teruja untuk mengetahui maksud tulisan tersebut.

Aku menyeluk tanganku ke dalam bekas tersebut sambil mencapai gula-gula kegemaranku. Gula-gula tadi sudah hampir habis aku kunyah. Di nota tersebut tertulis, “Te estoy amando”.

Aku kebingungan. Aku mencapai beberapa biji gula-gula lain dan cuba untuk membaca nota yang tertulis di pembalut gula-gula tersebut.

“Jeg elsker dig

“Ti amo

“Miluji tě

Aku bertambah bingung. Sambil cuba memahami apa yang tertulis, aku menggamit tanganku memanggil Tina, setiausahaku.
“Tina, boleh awak tolong cari maksud nota-nota ni? Tapi, janji dengan saya, jangan bagi orang lain tahu. Ok Tina? ”

Setiausahaku yang komitmen terhadap kerjayanya terus melakukan tugasnya. Tina, memang merupakan seorang pekerja yang mantap, berdedikasi dan tidak pernah cuai dalam menjalankan tugas. Aku meneruskan kerjaku. Hatiku berbunga-bunga apabila teringatkan kiriman tadi.

Tanpa aku sedari, jam telah menunjukkan pukul 5.30 petang. Aku terus mencapai beg tangan Bonia kegemaranku dan berjalan menuju ka arah pintu. Terasa keletihan di seluruh tubuhku. Apabila aku ingin melangkah ke dalam lif, Tina memanggil namaku.

“ Cik, nota-nota tadi semuanya mempunyai maksud yang sama tapi bahasa yang berbeza-beza.”

“ ye? Maksud apa?”

“ I love you.......”

“ Biar betul kau ni Tina?”

“ Betul Cik.”

Aku terus mengambil bekas tersebut dan melangkah masuk ke dalam lif. Lidahku kelu. Aku tidak dapat berhenti tersenyum. Entah mengapa, aku seperti jatuh cinta sekali lagi. Aku dapat merasakan seperti aku telah mendapat nafas baru dalam hidupku. Ya Allah, adakah ini satu anugerah atau sekadar ujian.


(bersambung)