Apa agaknya dosa aku sehinnga aku diuji begini. Orang yang aku sayang, satu per satu pergi meninggalkanku. Aku keseorangan. Mujurlah ada Tina yang sedia menemaniku, tatkala aku berdiri di atas ataupun ketika aku jatuh tersungkur di bawah. Tinalah kawanku dunia akhirat. Aku masih lagi mencuba untuk meredhakan Ilham pergi. Bukan mudah bagiku untuk melepaskannya. Aku sangat merindui Ilham. Aku tinggal di kampung Tina buat sementara waktu. Sudah beberapa minggu aku berada di sini untuk menenangkan diriku. Tina yang membantuku untuk menguruskan urusan pejabat. aku duduk termenung di muka pintu. Pandanganku aku lemparkan ke arah sawah padi yang menguning.
“ Tak payah dikenang Alya..orang dah pergi....redhakan ja..” lembut suara ibu memujukku. Aku sudah terbiasa menganggap ibu Tina sebagai ibuku juga memandangkan aku merupakan anak yatim piatu. Aku cuma sekadar ingin menumpang kasih.
“Ibu, dulu waktu suami ibu meninggal, macam mana ibu teruskan hidup?” soalku.
“Waktu tu Tina masih kecil. Belum habis mengaji lagi. Kami hidup susah dulu. Harta peninggalan ayah Tina tak banyak. ibu juga hampir putus asa..macam Alya sekarang.asyik menangis saja... tetapi apabila terkenangkan nasib Tina, ibu berjanji untuk menjadi seorang yang tabah, yang kuat hadapi dugaan. ibu tak mahu Tina putus semangat. ibu nak Tina kuat. Dan sekarang, ibu nak Alya juga kuat. Ya sayang?”
Kata-kata ibu menyentuh hatiku. Mujurlah masih ada insan yang sanggup mencurahkan kasih sayang kepadaku. Aku gembira dengan kehadiran Tina dan ibu dalam hidupku. Aku merebahkan kepalaku di atas pangkuan ibu. Air mataku mengalir deras.
“Ibu, Alya ingat esok Alya nak balik KL... ” kataku.
Keesokan pagi, aku terus pulang ke KL. Pada mulanya aku ingin terus ke pejabat tetapi badanku terlalu letih. Aku menghantar sms kepada Tina untuk memberitahu aku akan terus pulang ke rumah. Apabila aku sampai ke rumahku, aku melihat Luqman sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumahku. Aku turun dari kereta dan terus menyapa Luqman.
“Luqman, awak buat apa kat sini?”
“Alya, saya tahu awak masih sedih tapi awak perlu teruskan hidup. Awak tak boleh selama-lamanya macam ni Alya.”
“I know Luqman but I need time. Bukan mudah untuk saya Luqman. Saya tak ada pun disisi Ilham sewaktu dia meninggal. Saya tak sempat nak tengok dia untuk kali terakhir. I need time to forgive myself Luqman. ”
“Tapi Alya, tu bukan salah awak. Dont blame yourself. Ilham yang pilih cara begitu. Dia banyak berkorban untuk awak Alya. Kalau Ilham ada, dia pasti tak suka tengok awak macam ni.”
“I know Luqman. I just need time for myself. See you later.”
Aku terus masuk ke dalam rumahku meninggalkan Luqman seorang diri di luar. Aku perlukan masa untuk meneruskan kehidupanku. Tindakan Luqman terlalu terburu-buru. Aku ingin bersendirian. Ilham, i miss you a lot......
No comments:
Post a Comment