"Tolong la faham Luqman...saya tak boleh terima awak...susah sangat ke?? Awak kena tahu Luqman, sampai bila pun saya tak akan terima awak. Saya tak suka awak dan saya dah pun buang awak dari hidup saya. Lepas ni, awak jangan contact saya lagi!!!”
Aku meninggikan suaraku terhadap Luqman. Ternyata jangkaanku terhadapnya salah sama sekali. Dia bukan seorang lelaki yang baik. Luqman selalu mendesak aku untuk menerimanya sedangkan hatiku masih untuk Ilham. Aku ingin bersama Ilham tetapi ajal dan maut telah memisahkan kami. Aku terus meletetakkan telefon. Tindakan Luqman tidak mungkin akan aku maafkan.
“Luqman lagi ke Alya?” soal Tina kepadaku. Aku hanya mendiamkan diri.
“Entah entah, dia obses kat kau Alya... kau ambil je la bodyguard... kan lebih terjamin...”
“Ish, tak payah la Tina...aku ok...Tina, tolong buatkan kopi boleh?”
“Orait bos!!!!” Tina terus menninggalkanku.
Kadang-kadang, bila difikirkan balik, ada betulnya kata-kata Tina. Aku merasakan keselamatanku tidak terjamin dengan tindakan-tindakan Luqman. Aku bimbang kalau Luqman hilang pertimbangan.
Petang itu, aku pulang ke rumahku seperti biasa. Selepas menunaikan solat Isya`, aku terus meletakkan kepalaku di atas bantal. Nasi bungkus yang aku beli dalam perjalanan pulang petang tadi masih berada di atas meja. Kesibukan di pejabat menyebabkan aku ingin terus melelapkan mata. Mungkin, kesibukanku ini merupakan rezeki kurniaan Illahi. Apabila aku cuba untuk melelapkan mataku, wajah riang Ilham selalu bermain di fikiranku. Ya Allah, aku amat merindui gelak tawanya. Seiiring dengan itu, air jernih membasahi pipiku. Akhirnya, aku terlelap dalam pelukan bayangan Ilham.
Sedang aku nyenyak diulit kesejukan malam, bayangan Ilham datang menyapaku. Aku melihat Ilham terlantar di atas katil di sebuah hospital. Suasananya suram dan sunyi sepi. Wajahnya pucat sehingga urat-urat birunya jelas kelihatan. Tangannya terketar-ketar dan matanya terkebil-kebil. Mulutnya seolah-olah sedang mengucapkan sesuatu. Aku mendekatinya. Aku dapat melihat banyak wayar disambungkan ke badan Ilham. Lidahku kelu. Hatiku tertanya-tanya. Air mataku mengalir deras. Aku terus memberanikan diriku untuk menghampiri Ilham. Ternyata, kesengsaraan Ilham perit sehingga terpancar dari matanya. Mulutnya tidak henti-henti mengomelkan sesuatu yang tidak jelas. Keadaannya seolah-olah mayat hidup. Aku cuba untuk menyentuh mukanya tetapi Ilham tidak memberi sebarang reaksi. Keadaannya masih seperti tadi. Aku menyentuh mukanya lagi. terasa sejuk saat kulitku dan kulitnya bersentuhan. Ilham masih seperti biasa, tidak memberi apa-apa reaksi. Aku tidak sanggup untuk melihat Ilham menderita lagi. Aku berasa bersalah kerana aku tiada di samping Ilham sewaktu dia berjuang untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya. Aku terus memusingkan badanku dari melihat Ilham. Aku ingin lari meninggalkan Ilham. Aku tidak sanggup untuk melihat Ilham menderita lagi. Tiba- tiba, tangan Ilham terus menarik tanganku. Aku mengalihkan pandanganku. Aku melihat matanya yang merah terbuka luas. Mulutnya ternganga dan lidahnya terjelir keluar. Dia seolah-olah ingin memberitahuku sesuatu. Wajahnya amat menakutkan.
Aku terjaga dari mimpi.
“Ya Allah...” aku menyebut kalimah keramat itu berulang-ulang kali. Mimpi tadi benar-benar menakutkan aku. Air matakuku terus mengalir deras.
Tiba-tiba, aku terdengar sesuatu di dapur. Bunyinya yang kuat seperti bunyi kaca yang pecah. Pada mulanya, aku tidak mengendahkan bunyi tersebut tetapi aku mendengarnya lagi. Aku memberanikan diri untuk melihat apa yang berlaku. Aku membuka pintu bilikku.
No comments:
Post a Comment