Thursday, January 20, 2011

kEnaPa mEsTi aKu? [2]

Setelah keluar dari lif, aku terus mencapai kunci keretaku. Di mataku, aku membayangkan katil empuk dan selimut tebalku. Alangkah indahnya jika aku dapat melelapkan mataku pada saat ini. Lenguh di badanku masih terasa. Hari ini, jadualku padat dengan temujanji bersama pelanggan. Tetapi aku lebih suka dengan gaya hidupku kini. Kesibukanku dapat menenangkan hatiku dari luka semalam.

Sambil berjalan ke arah tempat meletakkan kenderaan, aku terpandang seorang lelaki yang sedang duduk di bahu jalan sedang menghisap rokok. Rambutnya panjang hingga mencecah bahu manakala rambut hadapannya panjang sehingga menutupi mata. Asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya, mencemari udara. Aku rimas dengan keadaannya tambahan pula aku benci dengan lelaki yang menghisap rokok. Kelihatan tidak terurus dan selekeh. Gayanya seperti lelaki yang tidak berpelajaran tinggi, jauh berbeza dengan Ilham yang menuntut di universiti di luar negara. Lelaki tersebut memandangku dari atas hingga ke bawah berulang kali. Seram sejuk aku dibuatnya. Aku mempercepatkan langkahku kerana bimbang lelaki tersebut berniat jahat terhadapku. Setelah aku melepasi lelaki tersebut, telefon bimbitku yang masih elok walaupun aku telah membalingnya ke dinding tempoh hari berbunyi. Lagu Menyesal nyanyian Sixth Sense kedengaran.

“Ada apa Tina? “ , tanyaku.

“Tina cuma nak beritahu Alya yang petang esok Tina nak balik kerja awal. Nak balik kampung. Mungkin untuk beberapa hari. Ibu Tina sakit lagi la. Alya tak kisah? ”

“Ibu Tina jatuh sakit lagi? Bawaklah dia ke klinik Tina. Mana tahu kalau boleh sembuh. Tak kan lah nak mengharapkan ubat kampung saja. Tina pujuklah dia untuk jumpa doctor. Pasal cuti tu tak payah risau. Alya akan uruskan. Nanti kalau Alya sempat Alya balik ya. Ok Tina?”

“Ok. Alya tak payah risau sangat. Ibu cuma demam. Terima kasih cik bagi saya cuti.”

‘Mengada – ngadalah Tina ni. Tolak gaji baru tau. Kirim salam Alya pada ibu ya?’

“Orait Alya. Take care.”
            
Sebenarnya aku dan Tina berkawan rapat. Cuma kami tidak mencampurkan urusan peribadi di tempat kerja. Ini semua merupakan permintaan Tina. Katanya, walaupun kami bersahabat, tetapi kami perlu bekerja secara profesional. Atas sebab itulah Tina memanggilku dengan gelaran Cik di pejabat. Kadangkala terasa lucu juga tetapi aku ikutkan saja permintaan sahabatku itu. Cuma dialah yang aku ada sekarang. Aku cemburu dengan Tina kerana dia mempunyai keluarga yang bahagia sedangkan aku hanya sebatang kara. Aku mengenali Tina sejak lima tahun yang lalu. Ibunya seperti ibuku juga. Tina juga menganggapku sebagai saudaranya. Dia tidak kisah jika aku mahu menumpang kasih ibunya kerana dia tahu aku tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu semenjak ibuku meninggal dunia sewaktu melahirkan aku. Aku tidak sempat menatap wajah kasihnya. 
            
“ pinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!”, kedengaran sebuah kereta membunyikan hon sedang meluncur laju dari arah belakangku. Aku kaku. Sepantas itu juga aku dapat merasakan diriku ditarik ke tepi. Aku jatuh ke atas jalan raya. Mataku berpinar. Aku pitam.

“ sorry tadi saya tak sempat nak sambut awak. Awak cuma  pitam je. Maybe sebab terkejut kot. Saya hantar awak ke kereta.”
           
                 Terasa berat untukku menggangkat kepala. Mungkin betul katanya, aku terkejut. Gila agaknya pemandu tadi. Dalam hatiku, aku menyumpah-nyumpah pemandu kereta yang hampir melanggarku tadi. Nasiblah masih ada manusia yang sudi menolongku.

“ Thanks. Awak ke yang selamatkan saya?”

“ Nasib baik saya sempat tarik awak tadi. Kalau tak, tak tahu lah saya. tu lah lain kali awak jangan asyik nak gayut phone je ”  

            Habis aku dileternya. Sudah lah kepala aku sakit, terpaksa pulak aku dengar dia berceramah. Mengalahkan perempuan. Macam manalah nak dapat jodoh. Cerewet betul.

“ ni keta saya. Awak boleh tinggalkan saya kat sini. And one...................”

            Aku tidak dapat menghabiskan kata-kataku apabila aku melihat wajahnya. Dia menyelak rambutnya sambil memerhatikan aku. Dialah lelaki yang aku lihat tadi. Aku hairan. Bagaimana lelaki yang selekeh boleh nampak kacak pulak. Rambutnya yang panjang lurus ke bawah. Matanya hitam pekat. Senyumannya manis. Kulitnya sawa matang. Cuma bibirnya agak gelap, mungkin disebabkan rokok. Aku terus memerhatikannya tanpa mengatakan apa-apa. Ternyata tekaanku bahawa dia berniat jahat terhadapku salah sama sekali. Beberapa detik berlaku.

“ and?” soalnya.

“and one more thing, thanks again for saving my life.” Aku menghabiskan ayatku dan terus menghidupkan enjin kereta. Rasa bersalah menghimpit jiwaku kerana bersangka buruk terhadapnya. Aku menurunkan cermin tingkap sambil menghulurkan Rm 150 terhadap lelaki tersebut sebagai ucapan terima kasihku terhadapnya kerana menyelamatkanku.

“ I bukan mata duitan!!! U ingat nyawa U boleh diganti dengan duit U tu?” katanya dengan nada yang kasar. Aku kaget. Adakah salah tindakanku?


















(to be continue)

Monday, January 17, 2011

kEnaPa mEsTi aKu? [1]

Kedengaran titisan-titisan hujan yang jatuh membasahi bumi tatkala ini. Hari sudah jauh malam tetapi aku masih berdiri memikirkan apa yang akan terjadi esok. Tatkala bayangan kejadian tengahari tadi menerpa ingatanku, aku lekas memintasnya dengan memuji-muji kebesaran-Nya. Ternyata, kejadian tadi masih menghantui aku. Airmata yang aku tahan sedari tadi akhirnya jatuh membasahi bumi, senada dengan air hujan kurniaan Illahi yang menyuburi alam ini. Namun mengapa aku tidak merasa kenikmatan dan keindahan malam ini. Aku cuba kuatkan hati tetapi naluri ini, tiada siapapun yang dapat menghalangnya dari menjerit-jerit meminta ku untuk meluahkannya. Kadang kala terasa seperti hidup ini tidak berguna lagi.

Gambaran kekasih hatiku, Ilham, masih bermain di fikiran. Tatkala melihatnya berpegangan tangan dengan wanita lain, terasa seperti jantungku berhenti berdegup untuk seketika. Aku sedar, sebagai wanita, aku hanya mampu untuk mendiamkan diri. Jauh di sudut hatiku, aku bimbang jika peristiwa pahit tadi akan meragut kebahagian yang selama ini aku miliki sepanjang bergelar bakal isteri kepada Ilham. Pertunangan kami yang sudah hampir memamah usia satu tahun ternyata tidak dapat membantu aku mengenali hati budinya. Dia yang ku kenali dari awal usia remaja ku kini ternyata telah berubah.

Entah mengapa, tanganku lantas mencapai telefon bimbitku yang terletak di atas katil.

“Ilham”....nama yang terpapar di skrin telefon. Tanpa memikirkan apa yang akan berlaku, aku terus menekan punat hijau.

“tut.....tut....”   hatiku debar menanti suaranya untuk menyapa aku. Kelunakan suaranya, kemerduan bahasanya dan kesopanan tutur katanya mampu membuatkan jiwaku yang gundah ini berbunga riang. Kesakitanku aku lupakan buat seketika waktu. Aku akui, dalam kemarahanku terhadapnya, masih terselit bait-bait rindu yang tidak mungkin dapat aku lupuskan sehingga menjelang usia senjaku. Bagiku, aku tidak akan terburu-buru mengambil keputusan sebelum bertanyakan kisah sebenar kepadanya. Aku tahu, dia juga berhak untuk bersuara, dan berhak untuk memilih. Sambil menantikan nadanya yang mampu mencairkan jiwa wanitaku, aku berharap agar apa yang aku fikirkan tidak akan berlaku.

“Hello? Nak cakap dengan Ilham ke” 

Hati kecilku tersentap. Bagaikan aku sedang bernafas di dalam air. Teriakanku yang tadinya sudah berhenti kini kembali bermaharajalela. Jiwa batinku meronta-ronta meminta penjelasan. Kenapa mesti aku? Apa salah aku?

Telefon kecil ditanganku aku lemparkan ke dinding. Seakan-akan melepaskan geram terhadap Ilham. Aku yakin, suara tadi milik wanita yang aku lihat berpimpinan tangan bersama Ilham di Jusco tengahari tadi. Aku yang setia dalam percintaan terasa terhina apabila dilakukan seperti ini. Tanpa memikirkan apa-apa, aku terus mencapai sekeping kertas untuk meluahkan rasa hatiku terhadap Ilham. Aku nekad untuk menghantar surat yang aku tulis kepada Ilham setelah aku pulang dari pejabat esok. Bersama surat itu, aku kirimkan sekali cincin pertunanganku. Aku berharap kenangan pahitku ini akan pergi dan hilang dari pandanganku seiring dengan cincin pertunanganku yang menjadi bukti cinta kami selama ini. Di belakang sampul tersebut, aku sematkan nota kecil, “Ilham, Alya minta maaf.”

Kini, sudah hampir seminggu aku memulakan hidup baru. Aku akui, kenangan dulu masih berlegar-legar di mindaku. Dia yang telah mengkhianati cinta aku, sudah lama menyepi tanpa khabar. Aku cuba menepis kerinduanku dengan meluangkan lebih banyak masa di pejabat. Aku tidak mahu memikirkan tentangnya lagi. Ianya hanya akan membuatkan lukaku yang lama berdarah kembali.

“tok.....tok.....tok”,  ketukan di pintu pejabat menghentikan lamunanku. Kelihatan setiausahaku berjalan masuk sambil membawa sebuah bekas yang besar.

“Cik, ada kiriman untuk Cik”

Aku meneliti bekas tersebut dengan penuh perasaan tanda tanya. Tiada nama atau sebarang tanda mengenai pengirimnya. Aku terus membuka penutup bekas tersebut. Alangkah terkejutnya apabila mendapati bekas tersebut dipenuhi dengan gula-gula Kisses, kegemaranku. Di setiap pembalut gula-gula tersebut, terlekat sehelai nota kecil. Aku lantas mencapai salah satu gula-gula dan membaca nota tersebut, tertulis “Ek is lief vir jou”.

“Ek.....ek is li..lier jou......” hampir terbelit lidahku apabila cuba membaca nota kecil tersebut.

“Bahasa apa ni?”  Hati kecilku tertawa kecil. Aku begitu teruja untuk mengetahui maksud tulisan tersebut.

Aku menyeluk tanganku ke dalam bekas tersebut sambil mencapai gula-gula kegemaranku. Gula-gula tadi sudah hampir habis aku kunyah. Di nota tersebut tertulis, “Te estoy amando”.

Aku kebingungan. Aku mencapai beberapa biji gula-gula lain dan cuba untuk membaca nota yang tertulis di pembalut gula-gula tersebut.

“Jeg elsker dig

“Ti amo

“Miluji tě

Aku bertambah bingung. Sambil cuba memahami apa yang tertulis, aku menggamit tanganku memanggil Tina, setiausahaku.
“Tina, boleh awak tolong cari maksud nota-nota ni? Tapi, janji dengan saya, jangan bagi orang lain tahu. Ok Tina? ”

Setiausahaku yang komitmen terhadap kerjayanya terus melakukan tugasnya. Tina, memang merupakan seorang pekerja yang mantap, berdedikasi dan tidak pernah cuai dalam menjalankan tugas. Aku meneruskan kerjaku. Hatiku berbunga-bunga apabila teringatkan kiriman tadi.

Tanpa aku sedari, jam telah menunjukkan pukul 5.30 petang. Aku terus mencapai beg tangan Bonia kegemaranku dan berjalan menuju ka arah pintu. Terasa keletihan di seluruh tubuhku. Apabila aku ingin melangkah ke dalam lif, Tina memanggil namaku.

“ Cik, nota-nota tadi semuanya mempunyai maksud yang sama tapi bahasa yang berbeza-beza.”

“ ye? Maksud apa?”

“ I love you.......”

“ Biar betul kau ni Tina?”

“ Betul Cik.”

Aku terus mengambil bekas tersebut dan melangkah masuk ke dalam lif. Lidahku kelu. Aku tidak dapat berhenti tersenyum. Entah mengapa, aku seperti jatuh cinta sekali lagi. Aku dapat merasakan seperti aku telah mendapat nafas baru dalam hidupku. Ya Allah, adakah ini satu anugerah atau sekadar ujian.


(bersambung)

terasa sesuatu yang ANEH!!!!!!!!!!!!!!

salam, hari ni aku terasa sesuatu yg aneh.....hmn...mcm nk menulis plak dalam blog aku yg usang dan bersawang ni......cerita rekaan sendiri....sekadar untuk hiburan semata-mata.....harap2 semua akan suka ya......:)

Friday, January 14, 2011

steps to get a beautiful skin....

salam......arini, kita nak belajar mencanteekkan kulit ya murid2......keluarkan buku nota dan catat apa yg cekgu ckp ya...........sbagai kerja umah, tlg buat practical apa yg kita akn belajar hari ini ok murid2????
cekgu nk tgk hasilnya nanti.......baiklah, jgn lpa catat ya...................;)












  • kekuasaan toner........



suma owg WAJIB ada toner....spa yg xda toner, cpt2 pegi kdai runcit brdekatan tok mendptkn toner anda......x kisah la toner garnier ka, safi ka, loreal paris ka, oxy ka, tia amelia ka papa ja la asalkn toner......kenapa????


toner ni bknnya benda leceh dlm idup kita....klu xpkai toner, smpai bila2 pon mka msti byk problem.....pas2 mula la anda akan dilanda dilemma berpanjangan.....toner ni kegunaannya nk buang suma bnda2 asing yg x septtnya ada kt muka.....kranya dia ni mcm majlis perbandaraan la jugak........hehehe......klu x pkai toner, benda2 asing akan still ada kt mka kita walaupun kita dah mencuci muka dgn pembersih muka....jadi, mka kita pon x leh la nak keluarkan benda2 yg baik kerana benda2 yg x baik (bnda2 asing td) x dikeluarkan lagi....kitaran kulit muka kita akan terganggu.....

nak pakai toner ni sng ja..lepas cuci muka, tuangkn toner kat atas kapas muka dan sapu keseluruh kawasan muka...tumpukan di bahagian muka yg bermasalah seperti hidung, pipi dan dahi....jadi murid2, balik nanti mnta dwet kt mak abah tok beli toner ya??????






  • penanggal mekap...........

murid2, kamu tanggalkan mekap guna apa ya????


make-up removal???


baby oil????


pembersih muka????



PERHATIAN2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



majoriti si gadis menanggalkan mekap guna baby oil........DONT!!!!!!!!!!!!!!!

muka kita akn jdi berminyak klu guna baby oil tok tanggalkn make-up........nanti muka jdi x elok.......sebaik-baiknya, guna la make-up removal.........xda make-up removal????






jgn risau......senang ja.....amek kapas muka, dan picitkan sedikit lotion ke ats kapas tadi.......gunakan sbagai penanggal make-up..........try diz and you will feel the different..............:)














  • EYE BAG.............



eye bag ialah salah satu musuh yg plg ditakuti oleh suma si gadis.............musuh ini selalu menyerang hendap tanpa empunya diri sedari.........byk senjata2 yg dikeluarkan tok memerangi musuh ini.....apa pun senjata yg anda gunakan, mesti memenuhi dua syarat.....




syarat pertama..............








sebelum anda menggunakan senjata tersebut, anda mestilah membasuh tgn anda kerana kawasan berlakunya peperangan merupakan kawasan yg sgt sensitive...........selepas membasuh tgn, pastikan anda TIDAK MENYENTUH APA2 sebelum menggunakan senjata........









syarat kedua........










jgn menyapu senjata anda disekitar mata........ini akan membuka peluang tok pihak musuh menang......sebaliknya, gunakan jari tengah anda, dan tekapkan senjata anda tadi di sekitar mata.....lakukan berulang kali sehingga senjata kering..............mudah ja kan???










jadi murid2................tunggu apa lagi?????   cepatla ikut!!!!!!!!!!!!!!!!!!

AsKar LanGit membongkar rahsia!!!!!!!!!!!!

 salam, arini aku nak membongkar rahsia terbesar aku sepanjang aku idup kat ats muka bumi ni.....sbnrnya cuma nak berkongsi yang aku ni kecik ja... berat cuma 44kg ja....hehe....(berat tp nak ngaku kurus).......hehehe...

tp, bla aku mkn, mknan bertimbun mcm berat aku 64kg...












x caya???
















terkejut???????










ari2, dlm mggu ni jgk la, aku pi pasar mlm....apa yg aku beli????







  1. air milo........(perkara wajib)
  2. apam balik.......
  3. nasi minyak.........
  4. pedal ayam grg..............
  5. rangka ayam...........
  6. kentang grg.......(suma bergoreng)
  7. keropok lekor......................
  8. sosej..............
  9. kebab daging......
  10. sate ikan........



banyak kan?????


















tp, saya x membazir tau.....saya mkn suma bnda ni swg2 (kedekut)!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, January 10, 2011

aku ngaku aku mmg x reti masak........

hye.......arini aku nk cta pasal 1 pengalaman aku...bnda ni br ja terjadi las yer...tyme 2 aku ngah bercuti-cuti cinta kat umah...bez gla.....smpai la satu mlm 2, ngah mkn mlm, lauk plak abeh.....

besa la da byk mulut yg dok berfungsi tyme 2...so, mak aku pon swoh la aku goreng ayam nk tmbh lauk...aku pon dgn confidentnya tros amek ayam 2, gaulkn ngan kunyit n garam....aku pon goreng la....

tp, mkin lma aku tgk ayam 2 digoreng mkin jd itam plak jdinya....dlm hati : apa hal plak ni?????

tp aku dgn cekal dan tabah terus jgk greng ayam 2...mybe, minyak x elok kot (getus hati kecilku)....

tetapi, bla diangkat, mmg sah ayam 2 kale itam..tp aku buat senyap ja la....wat innocent ja....itam ka...putih ka......ayam grg jugak btoi kan????

bla ja mak aku tgk ayam greng special aku 2, dia tros tny : amek kunyit kt mna??

aku pon ckp : tpi dapur........

thats it...........aku ingt sumamya cm besa ja la kan....dah mak aku x kta papa dah pas 2....

tp, keesokan harinya, di pagi yg hening dan suci, sesudah embun pagi menitis ke bumi (terwat sastera plak kt sni).......aku p la msk dapur.......mak aku ngah wat gulai tme 2....sedap oooo.......

dia pon ckp : tlg amek bekas 2.......

aku : (dlm hati) ni kunyit kan???msk gulai gna kunyit ka???

tp aku bg jgak la bekas 2 kat mak aku..mak aku pon boh la "kunyit" 2 dlm gulai.....lma, slepas 2 br aku terfikir.......aku grg ayam boh rempah gulai!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

nak wat cm na..aku teringin nk wat ayam berempah..........?????

hakikatnya aku terima.....aku mmg x reti masak........

Thursday, January 6, 2011

meredah hujan......

hai suma.........................................tenet sgt lah cm siput.....huhu......

td, aku g jln2...tp x jln2 mna sgt la sbb ujan kn skang....dah nk banjir dah pon ganu ni......huhuhu

tpi aku kuar gak arr....sbbnya b3 jam aku dah mati....innalillah.....so, aku pon jdikan lah jam aku 2 sbagai alasan....borink x da keja nk buat sbnqnya....smpat la snap pic skit2....


wit my bff!!!!!!!!



letih3............pkai plak heels td......ppeerrggghhhhhh........mmg rsa cm nk tercabut kaki aku....tp sbb shopping pny pasai aku teruskan jgk la perjalanan aku 2....pnt....nk tido dah.....bye.......... ;0