Setelah keluar dari lif, aku terus mencapai kunci keretaku. Di mataku, aku membayangkan katil empuk dan selimut tebalku. Alangkah indahnya jika aku dapat melelapkan mataku pada saat ini. Lenguh di badanku masih terasa. Hari ini, jadualku padat dengan temujanji bersama pelanggan. Tetapi aku lebih suka dengan gaya hidupku kini. Kesibukanku dapat menenangkan hatiku dari luka semalam.
Sambil berjalan ke arah tempat meletakkan kenderaan, aku terpandang seorang lelaki yang sedang duduk di bahu jalan sedang menghisap rokok. Rambutnya panjang hingga mencecah bahu manakala rambut hadapannya panjang sehingga menutupi mata. Asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya, mencemari udara. Aku rimas dengan keadaannya tambahan pula aku benci dengan lelaki yang menghisap rokok. Kelihatan tidak terurus dan selekeh. Gayanya seperti lelaki yang tidak berpelajaran tinggi, jauh berbeza dengan Ilham yang menuntut di universiti di luar negara. Lelaki tersebut memandangku dari atas hingga ke bawah berulang kali. Seram sejuk aku dibuatnya. Aku mempercepatkan langkahku kerana bimbang lelaki tersebut berniat jahat terhadapku. Setelah aku melepasi lelaki tersebut, telefon bimbitku yang masih elok walaupun aku telah membalingnya ke dinding tempoh hari berbunyi. Lagu Menyesal nyanyian Sixth Sense kedengaran.
“Ada apa Tina? “ , tanyaku.
“Tina cuma nak beritahu Alya yang petang esok Tina nak balik kerja awal. Nak balik kampung. Mungkin untuk beberapa hari. Ibu Tina sakit lagi la. Alya tak kisah? ”
“Ibu Tina jatuh sakit lagi? Bawaklah dia ke klinik Tina. Mana tahu kalau boleh sembuh. Tak kan lah nak mengharapkan ubat kampung saja. Tina pujuklah dia untuk jumpa doctor. Pasal cuti tu tak payah risau. Alya akan uruskan. Nanti kalau Alya sempat Alya balik ya. Ok Tina?”
“Ok. Alya tak payah risau sangat. Ibu cuma demam. Terima kasih cik bagi saya cuti.”
‘Mengada – ngadalah Tina ni. Tolak gaji baru tau. Kirim salam Alya pada ibu ya?’
“Orait Alya. Take care.”
Sebenarnya aku dan Tina berkawan rapat. Cuma kami tidak mencampurkan urusan peribadi di tempat kerja. Ini semua merupakan permintaan Tina. Katanya, walaupun kami bersahabat, tetapi kami perlu bekerja secara profesional. Atas sebab itulah Tina memanggilku dengan gelaran Cik di pejabat. Kadangkala terasa lucu juga tetapi aku ikutkan saja permintaan sahabatku itu. Cuma dialah yang aku ada sekarang. Aku cemburu dengan Tina kerana dia mempunyai keluarga yang bahagia sedangkan aku hanya sebatang kara. Aku mengenali Tina sejak lima tahun yang lalu. Ibunya seperti ibuku juga. Tina juga menganggapku sebagai saudaranya. Dia tidak kisah jika aku mahu menumpang kasih ibunya kerana dia tahu aku tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu semenjak ibuku meninggal dunia sewaktu melahirkan aku. Aku tidak sempat menatap wajah kasihnya.
“ pinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!”, kedengaran sebuah kereta membunyikan hon sedang meluncur laju dari arah belakangku. Aku kaku. Sepantas itu juga aku dapat merasakan diriku ditarik ke tepi. Aku jatuh ke atas jalan raya. Mataku berpinar. Aku pitam.
“ sorry tadi saya tak sempat nak sambut awak. Awak cuma pitam je. Maybe sebab terkejut kot. Saya hantar awak ke kereta.”
Terasa berat untukku menggangkat kepala. Mungkin betul katanya, aku terkejut. Gila agaknya pemandu tadi. Dalam hatiku, aku menyumpah-nyumpah pemandu kereta yang hampir melanggarku tadi. Nasiblah masih ada manusia yang sudi menolongku.
“ Thanks. Awak ke yang selamatkan saya?”
“ Nasib baik saya sempat tarik awak tadi. Kalau tak, tak tahu lah saya. tu lah lain kali awak jangan asyik nak gayut phone je ”
Habis aku dileternya. Sudah lah kepala aku sakit, terpaksa pulak aku dengar dia berceramah. Mengalahkan perempuan. Macam manalah nak dapat jodoh. Cerewet betul.
“ ni keta saya. Awak boleh tinggalkan saya kat sini. And one...................”
Aku tidak dapat menghabiskan kata-kataku apabila aku melihat wajahnya. Dia menyelak rambutnya sambil memerhatikan aku. Dialah lelaki yang aku lihat tadi. Aku hairan. Bagaimana lelaki yang selekeh boleh nampak kacak pulak. Rambutnya yang panjang lurus ke bawah. Matanya hitam pekat. Senyumannya manis. Kulitnya sawa matang. Cuma bibirnya agak gelap, mungkin disebabkan rokok. Aku terus memerhatikannya tanpa mengatakan apa-apa. Ternyata tekaanku bahawa dia berniat jahat terhadapku salah sama sekali. Beberapa detik berlaku.
“ and?” soalnya.
“and one more thing, thanks again for saving my life.” Aku menghabiskan ayatku dan terus menghidupkan enjin kereta. Rasa bersalah menghimpit jiwaku kerana bersangka buruk terhadapnya. Aku menurunkan cermin tingkap sambil menghulurkan Rm 150 terhadap lelaki tersebut sebagai ucapan terima kasihku terhadapnya kerana menyelamatkanku.
“ I bukan mata duitan!!! U ingat nyawa U boleh diganti dengan duit U tu?” katanya dengan nada yang kasar. Aku kaget. Adakah salah tindakanku?
(to be continue)
(to be continue)
No comments:
Post a Comment